JAKARTA: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas mengesahkan tempat di pentas final Terbuka Indonesia 2023 di sini, malam ini.
Pilihan kedua kejohanan itu berdepan dengan tekanan ribuan penonton di Stadium Istora Senayan dan ketinggalan set pertama sebelum bangkit menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit di separuh akhir.
Aaron-Wooi Yik, beregu ranking ketiga dunia akan berdepan dengan beregu ranking keenam dunia dari India,Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas final, esok.
Gandingan India itu melangkah ke final selepas mengatasi pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 17-21, 21-19, 21-18, dalam satu lagi aksi separuh akhir, hari ini.
Bagaimanapun, beregu negara dan juara dunia tahun lalu itu, perlu mengekalkan rekod bersih dalam lapan pertemuan dengan wakil India itu sebelum bergelar juara esok.
"Wooi Yik bermain bagus di set kedua dan membantu saya untuk lebih tenang dan yakin di set penentuan," kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan perlawanan dengan lawan tuan rumah bukan mudah atau bernasib baik, tetapi sebaliknya menemui rentak untuk membawa persembahan ke tahap yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit. - Foto Facebook BAM
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke final
Beregu lelaki utama negara itu menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih mengibarkan cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2023.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik kandas di separuh akhir
Mereka tewas kepada beregu China, Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi menerusi straight set 21-18 dan 21-13.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir, Axelsen layak ke final
Axelsen dilihat bekerja keras dalam mengekalkan momentum sebelum menoktahkan kemenangan 19-21, 21-11, 23-21.
Terbuka Indonesia: Zii Jia lepasi cabaran Kean Yew mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022.
Terbuka Indonesia: Keyakinan meningkat, Zii Jia mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan pemain India Sameer Verma untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2022.
Badminton Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik bergelut sebelum mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia 2022 hari ini.